31 May 2022

back to: Press Release

Perak FC Announces Appointment Of New Interim CEO

**Bahasa Malaysia content refer to below

XOX Pro Sport Sdn Bhd, a subsidiary of XOX Berhad today announced the appointment of Bobie Farid Shamsudin as the interim Chief Executive Officer of Perak Football Club, effective immediately. The appointment will support Perak FC’s battle to get out of the relegation zone in Malaysia Premier League season, with a total of 9 games left.

Bobie is also the CEO of OneXOX Sdn Bhd and Team Principal of The Komanz Kru Racing team (TKKR). Bobie will be assisted by Mohd Badrol Izman Bin Osman, serving as the interim Chief Financial Officer (CFO) of the club. Perak FC hopes to seize the opportunity in the current transfer window to register and sign on new players to the club, in efforts to help bolster the new squad.

The oldest football club in Malaysia is looking to sign on at least 14 players to its current squad, after being handed a transfer ban by FIFA for not being able to clear its salary arrears in February 2022. It is then followed by a nine points deduction by First Instance Body (FIB) in April 2022.

Since the high publicised take over by XOX, salaries of its employees and outstanding debts are the issues of past and Perak FC is looking forward to go back to its winning ways. The team needs to score all three points in its next game to bring its points tally back level. Perak FC will face Kelantan United FC in an away game on the 25th of June 2022 with its full squad.

XOX Pro Sport Sdn Bhd
Perak FC
31 May 2022




Perak FC Umum Pelantikan CEO Interim Baharu

XOX Pro Sport Sdn Bhd, anak syarikat XOX Berhad hari ini mengumumkan pelantikan Bobie Farid Shamsudin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sementara Kelab Bola Sepak Perak, berkuatkuasa serta-merta. Pelantikan itu akan menyokong perjuangan Perak FC untuk keluar dari zon penyingkiran dalam musim Liga Perdana Malaysia, dengan baki 9 perlawanan.

Bobie juga Ketua Pegawai Eksekutif OneXOX Sdn Bhd dan Prinsipal Pasukan The Komanz Kru Racing team (TKKR). Bobie akan dibantu oleh Mohd Badrol Izman Bin Osman, yang akan berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) sementara kelab. Perak FC berharap dapat merebut peluang “transfer window” untuk mendaftar serta menandatangani pemain baharu ke kelab itu, dalam usaha membantu memperkasakan skuad baharu.

Kelab bola sepak tertua di Malaysia ini sedang giat berusaha untuk menandatangani sekurang-kurangnya 14 pemain ke skuadnya sekarang, selepas dikenakan larangan perpindahan oleh FIFA kerana tidak dapat menjelaskan tunggakan gaji para pemain pada Februari 2022. Ia kemudian diikuti dengan pemotongan sembilan mata oleh First Instance Body (FIB) pada April 2022.

Pengambilalihan Perak FC oleh XOX mendapat publisiti yang meluas kerana isu gaji para pekerja dan hutang tertunggak yang dihadapi sebelum ini. Perak FC ingin kembali beraksi di peringkat tertinggi. Pasukan ini perlu memenangi perlawanan seterusnya untuk mengembalikan jumlah mata mereka ke paras sifar. Perak FC akan menentang Kelantan United FC dalam perlawanan di tempat lawan pada 25 Jun 2022 dengan skuad penuhnya.

XOX Pro Sport Sdn Bhd
Perak FC
31 Mei 2022




Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Fabian Narcis
E-mel: [email protected]
No. HP: 012-222 8950

Zuraida Malek
E-mel: [email protected]
No. HP: 013-621 1105