16 June 2022

back to: Press Release

FIFA Lifts Transfer Ban Of Perak FC

**Bahasa Malaysia content refer to below

Federation Internationale de Football Association (FIFA) today has lifted the transfer ban on Perak FC after the club cleared all outstanding salaries of its players.

In an email to the management of the club, FIFA states that it has received correspondence from the creditor, that the owed funds were transferred to the respective accounts in accordance with Article 13, Rules Governing the Procedures of the Players’ Status Committee and Dispute Resolution Chamber.

"I want to thank Football Association of Malaysia (FAM) and Malaysian Football League (MFL) for their assistance and guidance. This agenda was our first priority, to ensure the club be able to properly register the right players. It is unfortunate the fans had to endure the first half of the season with a limited squad and points deduction,” said Dato Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, the Chairman of Perak FC.

“This underlines our commitment to the cause to ensure that Perak FC's 101-year history is able to continue its journey to bigger and better things to come. Let's not forget, the gallant effort of our junior and young players who tried their very best in the first half of the season," Dato Seri Azim added.

Perak FC is now free to conduct business as usual during this transfer window and are signing 3 import players to the club, subject to medical test and coaching prerequisites. Fans are invited to see the new players in trials during a friendly match on Sunday, 19th June 2022 at 9pm against Christian Seoul University in Stadium Perak, Ipoh.

XOX Pro Sport Sdn Bhd
Perak FC
16 June 2022

 
 

FIFA Tarik Balik Larangan Perpindahan Perak FC

Federation Internationale de Football Association (FIFA) hari ini telah menarik balik larangan perpindahan ke atas Perak FC selepas kelab itu menjelaskan semua gaji tertunggak pemainnya.

Dalam e-mel kepada pengurusan kelab, FIFA menyatakan bahawa ia telah menerima surat-menyurat daripada pemiutang, bahawa dana yang terhutang telah dipindahkan ke akaun masing-masing mengikut Perkara 13, Peraturan yang Mentadbir Prosedur Jawatankuasa Status Pemain dan Penyelesaian Pertikaian Dewan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Football Association of Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL) atas bantuan dan bimbingan mereka. Agenda ini adalah keutamaan kami, untuk memastikan kelab dapat mendaftar pemain yang berkaliber. Malangnya, penyokong terpaksa mengharungi sesi pertama musim ini dengan skuad terhad dan potongan mata," kata Dato Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi, Pengerusi Perak FC.

“Ini menunjukkan komitmen kami untuk memastikan Perak FC dapat mengekalkan sejarah 101 tahunnya, lalu melangkah ke kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang. Jangan lupa, usaha gigih pemain junior dan muda kita yang telah mencuba yang terbaik pada sesi pertama musim ini," tambah Dato Seri Azim.

Perak FC kini bebas untuk menjalankan perniagaan seperti biasa semasa jendela perpindahan ini dan akan menandatangani 3 pemain import ke kelab itu, tertakluk kepada ujian perubatan dan prasyarat kejurulatihan. Penyokong dijemput untuk melihat aksi pemain baharu dalam perlawanan persahabatan pada Ahad, 19 Jun 2022 jam 9 malam menentang Christian Seoul University di Stadium Perak, Ipoh.

XOX Pro Sport Sdn Bhd
Perak FC
16 Jun 2022

 
 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Fabian Narcis
E-mel: [email protected]
No. HP: 012-222 8950

Zuraida Malek
E-mel: [email protected]
No. HP: 013-621 1105